Home » » SHOLAT TARAWIH

SHOLAT TARAWIH

Sholat Tarawih

Ulama dulu-dulu sama ada di tanah Jawi atau di tanah Arab mengerjakan sembahayang sunat tarawikh 20 rakaat dengan sepuluh salam dan kemudian di iringi dengan sebahayang witir 3 rakaat.
Namun bergiu apa yang kita lihat sekarang ini kebanyakan di madrasah-madrasah, surau-surau malah di mesjid-masjid apabila imam selesai memberi salam pada rakaat yang ke lapan maka jadi sepi saf-saf yang tadinya dengan sepuluh saf yang tinggal hanya satu atau dua saf. Malah ada yang tinggal hanyalah tok-tok makmun sedangkan tok-tok imam entah kemana.
Yang menyedihkan lagi ada yang membidahkan sembahayang tarawih dengan 20 rakaat. Jadi insyAllah akan kami cuba bincangkan dengan secara ilmiah duduk perkara sebenar tentang masalah ini. Dengan Allah jualah kami minta tolong dengan taufik dan hidayahnya agar berhasil maksud kami.

Sembahayang Tarawih Di Zaman Rasulullah.
Berkata seorang sahabat Nabi, Abu Huraurah r.a.:
"Adalah Rasulullah s.a.w. mengemarkan sembahayang pada bulan Ramadan dengan anjuran yang tidak keras, Beliau bersabda: Barangsiapa mengerjakan sembahayang malam Ramadan dengan kepercayaan yang teguh dan kerana Alah semata, akan dihapus dosanya yang telah lalu".
(hadis riwayat imam Muslim, lihat syarah Muslim jilid 6).
Maksud sembahayang dalam hadis ini ialah sembahayang sunat tarawih kerana senbahayang fardu lima waktu termasuk anjuran yang keras, kerana sembahayang itu wajib hukumnya. Hadis ini juga menunjukkan bahawa Nabi saw mengarahkan umat islam supaya memperbanyakkan sembahayang sunat dalam bulan Ramadan, dan hendaknya lebih banyak dari bulan-bulan yang lain.
Telah diriwayatkan oleh Siti Aisyah, beliau berkata:
"Bahawasanya nabi Muhammad sembahayang di masjid maka banyak orang mengikut baginda, bergitu juga malam keduanya, Nabi sembahayang dan pengikut bertambah ramai. Pada malam ketiga dan keempaat ramai orang berkumpul menunggu Nabi, tetapi nabi tidak datang ke masjid lagi. Pagi-pagi Nabi berkata: aku tahu apa yang kamu buat malam tadi, tetapi aku tidak datang ke masjid kerana aku takut sekali kalau-kalau sembahayang ini diwajibkan untuk mu".
Dalam hadis ini menerangkan bahawa Nabi saw hanya datang berjamaah hanya pada malam pertama dan kedua sahaja kerana takut-takut nanti sembahayang itu di fardukan keatas umat Islam yang tentu akan membebankan umat.
Dalam kedua-dua hadis ini tiada disebut akan jumlah rakaat Nabi mengerjakan sembahayang tarawih. Dan pada waktu sekarang ini umat Islam boleh mengerjakan sembahayang tarawih secara berjamaah berterusan kerana wahyu yang akan mewajibkan tidak akan turun lagi.

Tarawih Di Zaman Abu Bakar ra. Dan Umar ra.
Pada masa Saidina Abu Bakar ra. sembahayang tarawih dengan satu iman dalam satu masjid tidak dilakukan malah umat islam masa itu mengerjakan sembahayang tarawih dengan bersendirian dan juga ada yang mengerjakan dengan kumpulan-kumpulan yang kecil.
Dari Abdul Rahman bin Abdul Qarai beliau berkata:
Saya keluar bersama Saidina Umar bin Al-Khattab pada suatu malambulan Ramadhan pergi ke masjid (Madinah). Didapati dalam masjid orang-orang sembahayang tarawih bercerai-cerai, ada yang sembahayang bersendirian, ada yang sembahayang dan ada beberapa orang di belakangnya. Maka Saidina Umar ra. berkata, "Aku berpendapat akan mempersatukan orang-orang ini. Kalau disatukan dengan seorang imam sesungguhnya lebih baik, lebih serupa dengan sembahayang Rusulullah". Maka disatukan orang-orang itu sembahayang di belakang seorang imam bernama Ubai bin Ka'ab. Kemudian pada suatu malam (yang lain) kami datang lagi ke mesjid, lantas kami melihat orang-orang sembahayang berkaum-kaum di belakang seorang imam. Saidina Umar ra. berkata; "Ini adalah bid'ah yang baik".
(HR Imam Bukhari, lihat sahih Bukhari jilid 1, ms 242)
Abdul Rahman bin Abdul Qarai adalah seorang Tabi'in yang lahir ketika Nabi saw masih hidup. Beliau adalah murid Saidina Umar ra. dan wafat pada tahun 81H ketika berusia 78 tahun.
Tersebut di dalam kitab Al-Muwatta bagi Imam Malik pada mukasurat 138, juzuk 1:
"Dari Malik daru Yazid bin Ruman, ia berkata: Adalah manusia mendirikan sembahayang pada zaman Umar bin Khattabsebanyak 23 raka'at".
Nampaknya sahabat-sahabat nabi telah diperintahkan oleh Umar mengerjakan sembahayang sebanyak 23 raka'at iaitu 20 raka'at sembahayang tarawih dan 3 raka'at sembahayang witir sesudah tarawih.

Fatwa Ulama-Ulama Fekah
Ulama-ulama fekah dalam mazhab Shafie, seluruhnya memfatwakan bahawasanya rakaat sembahayang tarawikh adalah 20 rakaat, sesuai dengan fatwa Saidina Umar Al-Khattab.
Berkata Imam nawawi dalam kitab Al-Majmu syarah Al-Mahzab jilid IV mukasurat 32:
"Dalam mazahab kita tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam selain witir".
Berkata Imam Sarbini Al-Khattab di dalam Mughni Al-Mutaj, juzu 1 mukasurat 226 yang bererti:
"Dan tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam tiap-tiap bulan Ramadan, demikian hadis Baihaqi dengan sanad yang sahih, bahawasanya sahabat-sahabat Nabi mendirikan sembahayang pada masa Umar bin Khattab dalam bulan Ramadan sebanyak 20 rakaat, dan merawikan Imam malik dalam kitab Al-Muwatta sebanyak 23 rakaat tetapi Imam Baihaqi mengatakan bahawa yang tiga rakaat yang akhir ialah sembahayang witir."

Dan banyak lagi Imam-Imam dalam mazahab kita Shafie yang memfatwakan bahawa sembahayang tarawih ialah sebanyak 20 rakaan seperti Imam Ramli (lihat dalam Nihayatul Muhtaj juzu 2, mukasurat 122), Imam Jalaluddin Al-Mahli (lihat dalam Al-Mahli Muhtaj juzu 1, mukasurat 217) dan Imam Sayid Bakri Syatta (lihat dalam Ia'natut Talibin, juzu 1, mukasurat 265).
Demikianlah fatwa ulama-ulama besar dalam Mazhab Shafie iaitu mazhab yang dipakai di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, Brunai, Singapura, Indonisia, Thailand, Burma, Filipina dll.

Dalil Mereka Yang Berkata Dengan 8 Rakaat
Namun bergitu terdapat mereka yang berkata dengan 8 rakaat sembahayang tarawih ini. Dan jika di tanya mereka ini dalilnya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari dari Siti Aisyah Ummul Mu'minim:
"Tidak ada Nabi menambah pada bulan Ramadan dan bulan lainnya dari 11 rakaat... " alhadis
Dari hadis ini mereka mengambil dalil bahawa Nabi saw. hanya sembahayang 8 rakaat dan diiringi dengan 3 rakaat sembahayang witir. Mereka jua menuduh bahawa sembahayang tarawih yang dilakukan lebih daripada 8 rakaat adalah bidah.

Hujjah Kami Bagi Menolak Mereka Yang Membantah
Marilah kita lihat dan tilik masalah ini secara berhati-hati dan dengan jalan untuk mencari kebenaran agar selalu mendapat keredaran dari Allah Subhanahu Taala.

Pertamanya marilah kita lihat hadis Siti Aisyah (yang dibuat dalil bagi mereka yang membantah). Perkataan Ummul Mu'minim Siti Aisyah itu diakui kebenarnanya dan hadis ini terdapat di dalam kitab Hadis Sahih Bukhari pada juzu ke 3, mukasurat 275.
Persoalannya apakah maksud sembahayang malam yang dikatakan oleh Siti Aisyah itu. Apakah jenis sembahayang yang dilakukan oleh Nabi saw. pada tiap-tiap malam yang tidak lebih dan tidak kurang daripada 11 rakaat itu.
Jika kita kata itu ialah seluruh sembahayang malam, maka itu tidak benar kerana sekurang-kurang sembahayang malam ialah 18 rakaat, iaitu 3 rakaat magrib, 2 rakaat sesudah magrib, 2 rakaat sebelum Isya 4 rakaat Isya dan dua sesudahnya, dan tahajjut paling kurang 2 rakaat dan ditambah dengan witir yang paling kurang 3 rakaat.
Kalau hendak dikatakan sembahayang tarawih pun tidak mungkin kerana di dalam hadis itu Siti Aisyah ada menyebut ".. pada bulan Ramadan dan bulan lainnya.." menjadi dalil bagi kita bahawa maksud sembahayang malam itu tidak titujukan pada sembahayang tarawih kerana sembahayang tarawih hanya dilakukan pada bulan ramadan sahaja. Maka dengan ini dalil ini tidak sesuai dibuat dalil pada sembahayang tarawih.

Jika ditakdirkan bahawa benar yang dimaksudkan oleh hadis Siti Aisyah itu sembahayang tarawih, kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan Sahabat-sahabat Nabi pada zamam Saidina Umar sepakat mengerjakan 20 rakaat?
Andai kata maksud Siti Aisyah dengan sembahayang malam itu ialah sembahayang tarawih umpamanya, maka dalil dari Siti Aisyah tidak dapat mengalahkan dalil Saidina Umar dan Sahabat-Sahabat Nabi sezamam dengan Saidina Umar yang sepakat mengatakan sembahayang tarawih itu 20 rakaat kerana menurut keadah usul fikah "Yang menetapkan ada didahulukan atas yang meniadakan". Siti Aisyah hanya seorang sahaja melihat Nabi saw. sembahayang 11 rakaat (termasuk 3 rakaat witir) sedangkan sahabat-sahabat Nab yang utama juga melihat 23 rakaat (termasuk 3 rakaat witir). Maka orang yang banyak ilmunya di dahulukan dari orang yang sedikit ilmunya. Inilah maksid keadah usul fekah ini.

Maka bergitu juga perkataan ustaz-ustaz yang mengajar di surau-surau atau di madrasah-madrasah dan masjid-masjid tidak dapat mengalahkan perkataan Ulama-ulama muktabar dalam mazhab Shafie kerana keadah ini juga dimana orang yang banyak ilmunya (seperti Ulama-ulama Shafieyah) di dahulukan dari orang yang sedikit ilmunya.
Tidakah Nabi saw. pernah bersabda bahawa sahabat-sahabat baginda seperti bintang dilangit dan barang mana yang kita ikut dari sahabat-sahabat baginda kita akan mendapat pertunjuk.

Maka kesimpulannya:
Rakaat sembahayang tarawih adalah 20 rakaat kerana sudah ijma Sahabat Nabi dan kita umat Islam diwajibkan mengikut ijma, apa lagi ijma Sahabat.
Share this article :

Favorite Post


 
Support : Pendidikan | Islam | Dan Anak
Copyright © 2013. Komunitas Al-gazali Bone - All Rights Reserved
Template Created by Algazali Template Published by Komunitas Al-gazali Bone
Proudly powered by Yushan Blog Pribadi